memandangkan sekarang ni tengah midsem holiday...so dapat la aku memerah idea yang banyak sikit untuk bubuh kat blog aku ni dalam keadaan yang agak tenang dan waras tanpa sebarang tekanan...hahaha...
kenapa aku pilih tajuk BFF untuk entry kali ni sebab aku rasa benda ni la yang paling dekat dan penting bagi aku selepas family aku, tak dinafikan aku ni jenis yang suka berkawan dengan ramai orang..bak kata pepatah lah kan berkawan biar beribu..bercinta biarlah ehem ehem..satu jela kan..haha,
sekarang ni kalau nak carik yang betul-betul kawan tu memang susah, kawan nak enjoy ramai je..tapi bila time susah payahnya lah kan, aku bersyukur sangat sebab at least aku ada la kawan yang sanggup kongsi masalah time senang or susah, and aku pun tak keberatan nak dengar masalah dorang...
sekarang ni aku ada 2 orang bestfriend yang duduk menyewa sama-sama dengan aku dekat kolej, kiteorang memang jarang nak bergaduh kalau takat gaduh manja-manja tu biasa la kan,itu pun tak lama..pastu baik balek..
dorang selalu ada untuk aku, walaupun kami tiga orang ni perangai memang kontra gila...tapi memang dah jodoh kiteorang jadi kawankan...so alhamdulillah....yana dengan ika i love u guys!
selain dari dorang...aku ada jugak BFF yang berlainan jentina...haha, apis harith and apit, kiteorang memang rapat sejak sem1 lagi, dorang ni semua dah aku anggap macam adik beradik aku, tapi dalam tiga-tiga orang ni..aku paling satu kepala dengan harith...maybe sebab dia selalu kongsi masalah dia dengan aku, dia selalu kata aku ni good listener,haha, and same goes to me..aku pun selalu kongsi masalah aku dengan dia..and selalu tanya macam-macam pendapat dekat dia, aku ni bukannya jenis yang senang nak kongsi masalah dengan orang lain,kadang-kadang masalah aku yang yana dengan ika tak tau..aku boleh kongsi dengan dia..lagi-lagi soal hati aku, tapi bila dengan harith ni aku rasa selesa sangat, dia pun lately ada banyak masalah, so aku pun tak kesah nak dengar masalah dia, dia kawan baik aku yang dah aku anggap macam adik aku..walaupun dia lagi tua dari aku, sebab perangai dia ni kadang-kadang macam budak-budak yang boleh buat aku geram..hahaha!
so pengajaran yang boleh aku sampaikan daripada story aku ni..tak kesah la kawan kita tu sama or berlainan jentina dengan kita...tapi kalau korang rasa boleh kongsi masalah korang dengan dia..just go on...bagi aku..itulah baru betul-betul kawan...